MAKLUMAN PEMERKASAAN MAHASISWA | KESATUAN MAHASISWA UPM
» NEWS » MAKLUMAN PEMERKASAAN MAHASISWA

MAKLUMAN PEMERKASAAN MAHASISWA

PENTING

Seperti yang telah dipersetujui oleh Timbalan Naib Canselor (HEPA), bermula Semester Pertama Sesi 2023/2024, pengurusan kelulusan aktiviti pelajar akan diambil alih sepenuhnya oleh Kesatuan Mahasiswa (MPP/MPK/PMF).

 

PERMOHONAN KELULUSAN AKTIVITI PELAJAR

Permohonan kelulusan aktiviti pelajar bagi badan pelajar yang berdaftar di bawah Bahagian Hal Ehwal Pelajar UPM akan dibuka semula pada 9 Oktober 2023 (Isnin)Takwim permohonan kelulusan bagi aktiviti umum boleh didapati di laman web Kesatuan Mahasiswa. Bagi aktiviti dalaman kolej/fakulti takwim boleh dirujuk dengan Presiden MPK/PMF.

 

TATACARA PERMOHONAN KELULUSAN AKTIVITI PELAJAR:

  • Sila rujuk Garis Panduan Pengurusan Aktiviti & Kewangan Aktiviti Pelajar yang telah dimuat naik pada laman web Kesatuan Mahasiswa sebelum membuat perancangan aktiviti.

 

  • Sila gunakan templat terkini kertas kerja/ templat surat iringan/ dokumen/ borang terkini yang telah dimuat naik pada laman web Kesatuan Mahasiswa

 

SEBARANG PERTANYAAN BOLEH HUBUNGI

  1. Aktiviti umum boleh hubungi Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) di talian 03-97691318 atau emel kemasiswa@upm.edu.my

 

  1. Aktiviti dalaman kolej boleh hubungi Presiden Majlis Perwakilan Kolej (MPK).

 

  1. Aktiviti dalaman fakulti boleh hubungi Presiden Persatuan Mahasiswa Fakulti (PMF).

 

Sekian, terima kasih

Seksyen Pemerkasaan Mahasiswa

Bahagian Hal Ehwal Pelajar UPM

 

1 Oktober 2023

 

Date of Input: 12/09/2023 | Updated: 05/10/2023 | kziana

MEDIA SHARING

KESATUAN MAHASISWA UPM
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-97691318
Tiada
WXFQLAJ~