Panel pembentangan adalah panel yang akan menilai pembentangan aktiviti pelajar dan menentukan kewangan yang diluluskan bagi program tersebut
Panel tetap pembentangan perlulah dari kalangan MPP, Presiden MPK dan Presiden MPF.
Panel tetap ini akan bertanggungjawab sepanjang 7 kali sesi pembentangan KM mengikut takwim yang telah ditetapkan. Sekiranya terdapat kekangan, perlulah mendapat kelulusan daripada YDP MPP untuk digantikan.
Panel pembentangan perlulah memahami kesemua Garis Panduan yang telah dimuat naik dalam laman web KM.
Panel pembentangan perlu bersifat telus dan bertanggungjawab atas segala keputusan yang dilakukan.